inilah kisah Haslinda Juma

inilah kisah Haslinda Juma

Monday 17 June 2013

kisah PRU-13


Assalamualaikum..... sebenarnya Pilihanraya ke-13 sudah lama berlalu, tetapi mungkin kerana kesibukan aku dgn kerja dan keluarga, terlupa pulak untuk updates cerita aku yang agak-agak dah basi ini,wakakakaka.....

Sebelum tu, tahniah saya ucapkan kepada Barisan Nasional dan UMNO kerana pada pilihanraya yg ke-13 ini, sekali lagi menang dan berjaya untuk menerajui pemerintahan yg adil dan saksama di bumi Malaysia ini walaupun negeri-negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang Dan Selangor milik Pakatan Rakyat....(tetiba jer).....hahhaaaaa

Tanggal 05/05/2013 wah tarikh keramat gitu....adalah hari yang ditunggu-tunggu, 5tahun sekali jer, rugi sangat lah kepada rakyat malaysia yang tidak hadir untuk mengundi.... hehehehee... Hari tu, adalah weekend day, pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah (sbnarnya xdelah pagi sangat kol 8.00pagi)...aku drive seorang diri menuju ke tempat undi...jauh jugak kot, yelah rumah aku kat area sg soi, manakala tempat mengundi pulak kat area rumah lama iaitu Sekolah Menengah Panglima Perang, Indera Mahkota....(jauhlah sangat puuiii)...
eh eh eh lupa lar pulak  nak bagitau, en suami mengundi kat kampung dia, di Balai Maras, Batu Rakit Kuala Terengganu....

Rupa-rupanya, aku nie sbnarnya boleh dikatakan lewat jugak smpai, orang pun dah ramai beratur, kebetulan pulak aku dapat saluran 5, perghhh!!!.... ramai giler orang dah beratur, panjang betul barisan dah macam ular kena palu pun ada jugak aku tgk..... huhuuuuu sabar jelah, dengan cuaca panas lagi....semangat punya pasal, xper akan ku harungi cuaca panas terik ini...hahahaa....Tapi korang jangan tak percaya, ada jugak pengundi yg tak sabar, boleh pulak dah setengah jam beratur, boleh pulak dia balik, aaiiisshhh.... pelik-pelik.....lantak dialah.....tapi yelah, disebalik PRU13 ini sebenarnya ada jugak kelebihan yg lain... reunion pun ada aku rasa, dapat jumpa kawan-kawan dan jiran lama, musuh lama pun ada....hahhaaa (just kiding)......dan dalam tgh2 beratur tu jugak, kesian pulak pun ada pada baby/kanak-kanak yg ikut serta ibubapa diaorg, yelah dgn cuaca panas dan org ramai lagi.... berpeluh-peluh, nasib baiklah aku tak bawak kakak & kimiey boy.... kalau lah bawak, kecoh kat tempat mengundi tu....hihiihhiii

Hampir pukul 12.00t/hari kot.... barulah turn aku, adooiiyaiii.... sakit pinggang aku penangan dari beratur lama.... nama pun dipanggil, excited gituuu... jari telunjuk kiri diwarnakan dan aku pun terus jalankan tanggungjawab aku sbagai pengundi dan  pangkah di kotak yg tertentu (undi itu rahsia)... SIAP.... Alhamdulillah selesai sudaaa.....



Ragam Anakku Puteri Nurain Mariesa










Assalamualaikum......wahhhh.... baru perasan rupa-rupanya dah lama bangat saya xupdate tentang anak2 saya yang comel-comel nie (perasan) dan jugak tentang kehidupan saya yg sudah 33tahun nie (tua sudaaaa)  Alhamdulillah,saya masih bahagia bersama keluarga saya walaupaun kadang-kadang tu, seperti ungkapan dibawah :

 "Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka"

Semoga kebahagiaan ini berkekalan Ya Allah.....Amin... 

Mmmmmm....pejam-celik pejam-celik.... Baby Mariesa dah nak masuk 11bulan sekarang..dah pandai berjalan pon.... terkedek-kedek macam itk pulang petang.... hahahaaa... yelah kejap kang masuk bilik, pastu keluar ke ruang tamu... pastu tetiba jer ada kat dapur.... huuisssh.... lasak dah sekarang nie.. (sabar jelah)....



Cepat kan masa berlalu...rasa mcm baru je lagi mengandung kan Puteri Nurain Mardieyana (kakak) tup tup dah ada 2 orang adik, hehehehee... Mohamad Harith Hakimi (abangngah) dah 3tahun.... lately, hari2 request nak gi skool...sebelum tido pulak mesti akan tanya soalan yg sama... "mama, esok hari aper?.... macam lar dia tahu sgt esok tu hari apa kan? tp sekurang-kurangnya kimiey dah start mengenal isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu dah ahad (rajin pulak mama type).......in shaa allah, jika ada rezeki lebih tahun depan mama boleh hantar kimiey ke Tadika Sri Pinang (sama skool dg kakak).....



yelah lupa nak cerita, kakak sekarang nie dah sekolah kat Tadika Sri Pinang (5years old).... baru-baru nie (pertengahan tahun) ada exam, dan alhamdulillah kakak dapat no. 8/19....oke lah dalam sibuk2 main games 24hours tu dapat jugak dia no.8 (combine 5year & 6years)......pandai lar anak mama ni.... hehehehee.....


lastly...saya pun nak gedik jugak lar nak upload gambar terbaru.... 33tahun sudaaa....adooiiyaiii en suami ckp awettua....(macam lar dia tu muda jugak) hahahaaa papa jangan mare aeeeeaaaa mama always loving you forever & ever.... muuuaaahhhh