inilah kisah Haslinda Juma

inilah kisah Haslinda Juma

Monday 17 June 2013

kisah PRU-13


Assalamualaikum..... sebenarnya Pilihanraya ke-13 sudah lama berlalu, tetapi mungkin kerana kesibukan aku dgn kerja dan keluarga, terlupa pulak untuk updates cerita aku yang agak-agak dah basi ini,wakakakaka.....

Sebelum tu, tahniah saya ucapkan kepada Barisan Nasional dan UMNO kerana pada pilihanraya yg ke-13 ini, sekali lagi menang dan berjaya untuk menerajui pemerintahan yg adil dan saksama di bumi Malaysia ini walaupun negeri-negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang Dan Selangor milik Pakatan Rakyat....(tetiba jer).....hahhaaaaa

Tanggal 05/05/2013 wah tarikh keramat gitu....adalah hari yang ditunggu-tunggu, 5tahun sekali jer, rugi sangat lah kepada rakyat malaysia yang tidak hadir untuk mengundi.... hehehehee... Hari tu, adalah weekend day, pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah (sbnarnya xdelah pagi sangat kol 8.00pagi)...aku drive seorang diri menuju ke tempat undi...jauh jugak kot, yelah rumah aku kat area sg soi, manakala tempat mengundi pulak kat area rumah lama iaitu Sekolah Menengah Panglima Perang, Indera Mahkota....(jauhlah sangat puuiii)...
eh eh eh lupa lar pulak  nak bagitau, en suami mengundi kat kampung dia, di Balai Maras, Batu Rakit Kuala Terengganu....

Rupa-rupanya, aku nie sbnarnya boleh dikatakan lewat jugak smpai, orang pun dah ramai beratur, kebetulan pulak aku dapat saluran 5, perghhh!!!.... ramai giler orang dah beratur, panjang betul barisan dah macam ular kena palu pun ada jugak aku tgk..... huhuuuuu sabar jelah, dengan cuaca panas lagi....semangat punya pasal, xper akan ku harungi cuaca panas terik ini...hahahaa....Tapi korang jangan tak percaya, ada jugak pengundi yg tak sabar, boleh pulak dah setengah jam beratur, boleh pulak dia balik, aaiiisshhh.... pelik-pelik.....lantak dialah.....tapi yelah, disebalik PRU13 ini sebenarnya ada jugak kelebihan yg lain... reunion pun ada aku rasa, dapat jumpa kawan-kawan dan jiran lama, musuh lama pun ada....hahhaaa (just kiding)......dan dalam tgh2 beratur tu jugak, kesian pulak pun ada pada baby/kanak-kanak yg ikut serta ibubapa diaorg, yelah dgn cuaca panas dan org ramai lagi.... berpeluh-peluh, nasib baiklah aku tak bawak kakak & kimiey boy.... kalau lah bawak, kecoh kat tempat mengundi tu....hihiihhiii

Hampir pukul 12.00t/hari kot.... barulah turn aku, adooiiyaiii.... sakit pinggang aku penangan dari beratur lama.... nama pun dipanggil, excited gituuu... jari telunjuk kiri diwarnakan dan aku pun terus jalankan tanggungjawab aku sbagai pengundi dan  pangkah di kotak yg tertentu (undi itu rahsia)... SIAP.... Alhamdulillah selesai sudaaa.....



No comments:

Post a Comment