inilah kisah Haslinda Juma

inilah kisah Haslinda Juma

Friday 30 August 2013

Anak Teruna Saya.....


Bismillah.....

Anak teruna saya!!!!.....

Inilah adalah anak teruna saya iaitu Mohamad Harith Hakimi Bin Mardi, lahir pada 18 Februari 2010, anak ke-2 saya ini, saya gemar panggil dia kimiey boy.... kadang-kadang tu saya gemar jugak panggil dia abang ngah..... hahahaaa





kimiey boy.... kimiey boy.... kimiey boy..... macam-macam ragam, sabar jelah mama, tapi orang kata dan mama akui, anak nombor dua nie "anak manja mama" sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh mama.... apa sikit mama.... pastu sikit-sikit, mama kimiey nak dukung,.....dah besar panjang pun nak dukung lagi, baby mariesa yang berumur setahun tu pun mama tak dukung, inikan pulak abang ngah yang dah besar panjang (3tahun jer).... tp, bila kimiey dah request, mama onn jer...... hahahahaa


sebenarnya anak nombor dua jugak "anak degil"..... keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia jer yang betul.... dalam adik beradik kimiey boy jer yg KETEGANG...... kemahuan dia kuat...... tp, kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.... lebih baik jangan pujuk memang tak jalan..... kecuali kalau ada papa.... hahahaaaa (papa garang weiiii ) papa panggil kimiey pomeng no.2..... sebabnya, kalau dapat new toys.... paling cepat 5minit jer toys tu selamat, pastu hancur berkecai.... selagi tak berkecai....mesti tak puas hati punya..... hahahaaaa

tapi.... mama pun ada survey jugak, antara kelebihan anak no.2 ini seperti;
# sukakan benda yang reality dan abstrak
# inteligent, bijak dan genius
# berpesonality yg mudah berubah
# mudah menawan org lain
# agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
# jujur dan setia pd segalanya
# keras hati untuk mencapai matlamat
# tidak suka dikongkong
# mudah memberontak apabila dikongkong
# suka kegiatan yg lasak
# emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
# mudah mempamirkan marahnya
# tidak suka benda yg remeh-temeh
# suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
# sangat berani dan suka memberontak
# bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
# pemerhatian yg tajam
# suka hiburan dan sukan
# suka benda yg bersifat seni
# sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
# berkecenderungan pd benda yg tahyul
# amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
# belajar untuk mempamirkan emosi


Anyway... ..mama sentiasa terima apa-apapun perangai kimiey boy, sebab mama sayang sangat kimiey dan jugak anak-anak mama yang lain, kasih sayang mama sama jer, takde lebih atau kurang.... adil & saksama gitu..... in shaa Allah.... Aminn...

love from mama~
 



Tuesday 27 August 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56


Bismillah....

Salam Kemerdekaan yang ke-56 buat semua warga MALAYSIA tahniah! tahniah! tahniah! kepada kita semuanya kerana kita masih lagi bersatu padu mengekalkan keharmonian dan keamanan serta kukuhkan lagi perpaduan.....



MERDEKA MERDEKA MERDEKA..... apa maksud merdeka sbnarnya? rakan sekerja saya cakap merdeka itu bebas, memang kita bebas dari penjajahan terdahulu.... tp sebenarnya kita sudah merdeka sepenuhnya ker?..... urmmmm..... jawapan itu tak perlu lah dijawab secara terbuka kot? bak kata pepatah melayu lama, " tepuk dada tanyalah selera"....... hahahaaa

anyway..... saya juga bangga menjadi rakyat Malaysia, Malaysia adalah tanahair kita, kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berasa bangga dengan kemajuan, kekayaan, kesejahteraa dan amalan budaya budi pekerti yang tinggi yang secara langsung berjaya menyatupadukan seluruh kaum di Malaysia ini.






Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan kesejahteraan kepada negara dan rakyat Malaysia selamanya...... AMIN!!!!!!




love from mama~


Sunday 25 August 2013

Kawad Operasi Menyelamat Di Air 2013 (Lumut, Perak)


Bismillah....

Rasanyer masih tidak terlewat lagi, untuk aku mengucapkan dengan bangganya "TAHNIAH" kepada Pasukan Operasi Menyelamat Di Air, Pahang 2013 kerana telah menduduki tempat kedua (Naib Johan) untuk tahun 2013, wah.... ada peningkatan dari tahun sebelumnya, kalau tak silap lah, tahun lepas dapat tempat ke-3...... (betul tak en papa)..... hahahaaaa


Sebenarnya, kali ini.......aku bukannyer nak bercerita tentang achievement pasukan nie.... cuma nak tumpang gembira sekaki jer, dengan achievement en suami, yelah mana tak nyer.... masa en suami in training lagi, lepas berbuka puasa jer around 9.00pm en suami dah mula keluar rumah utk attending the training in dailys until the 2.00am ++.... baru balik.... (kesian en papa)..... dalam hati jer cakap.... hahahahahaa.... tp rasanyer memang berbaloi lah kan, kalian semua dapat tempat ke-2..... Walaupun pertandingan kawad nie bermula selepas Hari Raya Puasa, dengan masing-masing dalam keadaan Mood Raya yang masih ada lagi dan jugak dengan keadaan PERUT yang sarat dengan Lemang, Ketupat, Rendang, Nasi Dagang (kalau orang terengganulah)...... dan banyak lagi lah juadah hari raya, tapi anda semua masih lagi berjaya in maintaining your good performance..... wow!....  keep it out babeh...... hahahahhaa....

Anyway, nielah pingat yang en suami dapat tu.... (*_*)








Lastly, sekali lagi aku nak ucapkan tahniah untuk en papa and the geng..... mama bangga dengan papa.... cewah......

love from mama~







Monday 19 August 2013

Bakat Ms. Mardieyana Mardi

Bismillah....

dalam kesibukan mama bekerja seharian, kadang kala mama hampir terlepas pandang dengan bakat yg ada pada Ms.Mardieyana.... Rupa-rupanya... anak mama yg paling manja nie mempunyai bakat melukis.... Hasil lukisan pertama kakak ialah gambar kucing... sebenarnya banyak lagi gambar kartun yg kakak lukis, tp mama tak sempat nak snap.... so, yang nie sajalah yang dapat mama sajikan utk tatapan semua....




urmm... tp yang paling best sekali, bila kakak lukis gambar family kami.... hahahaaa..... picture papa yg paling bergaya sekali.... (betul tak papa???)......



with love mama~

Salam Aidilfitri 2013

Bismillah....

Selamat Hari Raya Semua!

Raya tahun nie, kami beraya di Kg Balai Maras, Batu Rakit, Kuala Terengganu... happening sangat bila semua adik-beradik sebelah en husband berkumpul, terpancar kegembiraan di wajah ibu mertuaku dan jugak mak yg kusayangi.... tp rasanya yg paling bahagia adalah anak-anak sebab boleh collect duit raya kot???..... hahahahaa..... anyway inilah keluarga En Mardi Bin Abdullah @ Ali


Di pagi hari raya yg penuh bermakna itu kami sempat lagi bermaafan sesama ahli keluarga untuk memohon keampunan dan kemaafan dari tulus hati yg suci lagi murni ini.... cewahhh.....


Opss... picture mama & papa xde... huhuuu....tp inilah picture family kami...... :)
 
 Sepatutnya, raya tahun nie, tema baju raya kami adalah waran merah, tp due to technical problems.... en papa dan en kimiey boy contra skit dari tema baju raya kami.... huhuhuuu (maafkan mama).... color blocking gituuuu......Lastly....... alhamdulillah......aku bersyukur dengan rezeki dan anugerah yg Allah SWT berikan kepada aku dan keluargaku..........

love.....from mama~




Monday 17 June 2013

kisah PRU-13


Assalamualaikum..... sebenarnya Pilihanraya ke-13 sudah lama berlalu, tetapi mungkin kerana kesibukan aku dgn kerja dan keluarga, terlupa pulak untuk updates cerita aku yang agak-agak dah basi ini,wakakakaka.....

Sebelum tu, tahniah saya ucapkan kepada Barisan Nasional dan UMNO kerana pada pilihanraya yg ke-13 ini, sekali lagi menang dan berjaya untuk menerajui pemerintahan yg adil dan saksama di bumi Malaysia ini walaupun negeri-negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang Dan Selangor milik Pakatan Rakyat....(tetiba jer).....hahhaaaaa

Tanggal 05/05/2013 wah tarikh keramat gitu....adalah hari yang ditunggu-tunggu, 5tahun sekali jer, rugi sangat lah kepada rakyat malaysia yang tidak hadir untuk mengundi.... hehehehee... Hari tu, adalah weekend day, pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah (sbnarnya xdelah pagi sangat kol 8.00pagi)...aku drive seorang diri menuju ke tempat undi...jauh jugak kot, yelah rumah aku kat area sg soi, manakala tempat mengundi pulak kat area rumah lama iaitu Sekolah Menengah Panglima Perang, Indera Mahkota....(jauhlah sangat puuiii)...
eh eh eh lupa lar pulak  nak bagitau, en suami mengundi kat kampung dia, di Balai Maras, Batu Rakit Kuala Terengganu....

Rupa-rupanya, aku nie sbnarnya boleh dikatakan lewat jugak smpai, orang pun dah ramai beratur, kebetulan pulak aku dapat saluran 5, perghhh!!!.... ramai giler orang dah beratur, panjang betul barisan dah macam ular kena palu pun ada jugak aku tgk..... huhuuuuu sabar jelah, dengan cuaca panas lagi....semangat punya pasal, xper akan ku harungi cuaca panas terik ini...hahahaa....Tapi korang jangan tak percaya, ada jugak pengundi yg tak sabar, boleh pulak dah setengah jam beratur, boleh pulak dia balik, aaiiisshhh.... pelik-pelik.....lantak dialah.....tapi yelah, disebalik PRU13 ini sebenarnya ada jugak kelebihan yg lain... reunion pun ada aku rasa, dapat jumpa kawan-kawan dan jiran lama, musuh lama pun ada....hahhaaa (just kiding)......dan dalam tgh2 beratur tu jugak, kesian pulak pun ada pada baby/kanak-kanak yg ikut serta ibubapa diaorg, yelah dgn cuaca panas dan org ramai lagi.... berpeluh-peluh, nasib baiklah aku tak bawak kakak & kimiey boy.... kalau lah bawak, kecoh kat tempat mengundi tu....hihiihhiii

Hampir pukul 12.00t/hari kot.... barulah turn aku, adooiiyaiii.... sakit pinggang aku penangan dari beratur lama.... nama pun dipanggil, excited gituuu... jari telunjuk kiri diwarnakan dan aku pun terus jalankan tanggungjawab aku sbagai pengundi dan  pangkah di kotak yg tertentu (undi itu rahsia)... SIAP.... Alhamdulillah selesai sudaaa.....



Ragam Anakku Puteri Nurain Mariesa