inilah kisah Haslinda Juma

inilah kisah Haslinda Juma

Friday 30 August 2013

Anak Teruna Saya.....


Bismillah.....

Anak teruna saya!!!!.....

Inilah adalah anak teruna saya iaitu Mohamad Harith Hakimi Bin Mardi, lahir pada 18 Februari 2010, anak ke-2 saya ini, saya gemar panggil dia kimiey boy.... kadang-kadang tu saya gemar jugak panggil dia abang ngah..... hahahaaa





kimiey boy.... kimiey boy.... kimiey boy..... macam-macam ragam, sabar jelah mama, tapi orang kata dan mama akui, anak nombor dua nie "anak manja mama" sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh mama.... apa sikit mama.... pastu sikit-sikit, mama kimiey nak dukung,.....dah besar panjang pun nak dukung lagi, baby mariesa yang berumur setahun tu pun mama tak dukung, inikan pulak abang ngah yang dah besar panjang (3tahun jer).... tp, bila kimiey dah request, mama onn jer...... hahahahaa


sebenarnya anak nombor dua jugak "anak degil"..... keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia jer yang betul.... dalam adik beradik kimiey boy jer yg KETEGANG...... kemahuan dia kuat...... tp, kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.... lebih baik jangan pujuk memang tak jalan..... kecuali kalau ada papa.... hahahaaaa (papa garang weiiii ) papa panggil kimiey pomeng no.2..... sebabnya, kalau dapat new toys.... paling cepat 5minit jer toys tu selamat, pastu hancur berkecai.... selagi tak berkecai....mesti tak puas hati punya..... hahahaaaa

tapi.... mama pun ada survey jugak, antara kelebihan anak no.2 ini seperti;
# sukakan benda yang reality dan abstrak
# inteligent, bijak dan genius
# berpesonality yg mudah berubah
# mudah menawan org lain
# agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
# jujur dan setia pd segalanya
# keras hati untuk mencapai matlamat
# tidak suka dikongkong
# mudah memberontak apabila dikongkong
# suka kegiatan yg lasak
# emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
# mudah mempamirkan marahnya
# tidak suka benda yg remeh-temeh
# suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
# sangat berani dan suka memberontak
# bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
# pemerhatian yg tajam
# suka hiburan dan sukan
# suka benda yg bersifat seni
# sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
# berkecenderungan pd benda yg tahyul
# amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
# belajar untuk mempamirkan emosi


Anyway... ..mama sentiasa terima apa-apapun perangai kimiey boy, sebab mama sayang sangat kimiey dan jugak anak-anak mama yang lain, kasih sayang mama sama jer, takde lebih atau kurang.... adil & saksama gitu..... in shaa Allah.... Aminn...

love from mama~
 



1 comment:

  1. buat masa ni, dia jer anak teruna yea.. yg lain anak dara..tu yang manja sangat tu kann...hihihi

    sekali tengok dah macam iras abg Asyraf lah Kimiey Boy ni.. ^_^

    ReplyDelete